Sekitar Syawal 1429H

October 6th, 2008

Salam hormat semua…

Pada hari ini tentu telah ramai yang kembali bekerja tapi ada juga yang masih menyambung cuti, ada pula yang telah kembali bekerja pada raya ke-3 sebab tak dapat cuti. Aku mula ‘bekerja’ sket2 pada hari Jumaat lepas.

Pada tahun ni, family aku beraya kat Sabak Bernam dahulu dan kebetulan mertua pun nak beraya di sana juga cuma kami pulang pada pagi 30 Ramadhan. Sekitar jam 10 pagi sampai la kat Parit Baru. Rupanya yang balik awal untuk persiapan raya di kampung cuma kami sahaja tapi tak apa lah… semua kerja tetap beres tanpa sebarang masalah… Syukur ke hadrat Allah…

Pada pagi 1 Syawal, aku menjamah sedikit ketupat dengan lauk yang ada (tak ingat makan apa :D ) tapi cukup la alas perut untuk pergi solat raya. Lepas habis solat, balik ke rumah dan makan la ramai-ramai di dapur. Sedang makan, tiba-tiba atuk bersuara. Ingatkan apa tapi rupanya menyuarakan kesedihan hati dia… kami kemerahan mata sebab sedih dan sebak mendengar tapi pada kami memang itu semua tugas kami, bukan atuk sebagai orang yang telah berusia. Dia seharusnya berehat kini sambil melayan telatah cucu cicit yang ada.

Kat sana nampak Nadia macam seronok jer, siap boleh main kuda kepang dgn kuda yang dibawa. Kuda tu hadiah dpd Uncle dia, dah lama dia tak main dgn kuda tu sejak ada mainan lain tapi tak sangka pulak bila bawak dia nak main dengan kuda tu. Malamnya gi beraya ke rumah Wak Mon/Wak Aji, makan lemang plak lepas puas makan ketupat. Dok melepak kat ruang baru bisnes peyek, rasanya ruang tu sejuk, budak-budak ni masa sampai dah tido, nyenyak je tido kat situ. Kami tak la lama sebab esok awal pagi aku nak kena bergerak ke Johor pulak - jangkaan 7 jam perjalanan. Dah macam KL-KT plak rasanya.

2 Syawal, pagi dah mula gerak ke Johor pulak memandangkan hari raya jatuh pada pertengahan minggu, masa agak suntuk untuk beraya lama di Sabak Bernam, kena la beraya di Johor dulu kemudian sambung beraya di Klang mana  yang sempat nanti. Dalam perjalanan singgah sekejap kat Klang ambil barang untuk dibawa ke Johor. Kat highway, beberapa kali terpaksa berhenti sebab Nadia buang air besar dan kena jugak bagi dia hilang bosan asyik duduk dalam kereta lama sangat. Sampai kat Johor pun dah dalam kul 4-5 ptg selepas beberapa kali berhenti dan tiada siapa di rumah sebab ada konvoi ke Segamat ziarah ada saudara yang sakit, juga ke Lenga sebab ziarah, mertua lelaki Cik Siti telah meninggal pada penghujung Ramadhan. Pada 2 Syawal genap 7 hari arwah meninggal.

3 Syawal baru kami mula nak beraya, pergi ke Ulu Tiram, beraya rumah embah, ada beradik embah aku sblh bapak aku. Masa sampai rumah pulak tak ada sesaper kecuali embah sorang sbb dia kurang sihat. Yang lain rupanya keluar beraya, tak apa lah… kami beraya seadanya buat seketika kemudian pergi ke rumah makcik dan nenek aku sebelah emak untuk beraya.

4 Syawal hanya merayau ke Pontian. Tension jugak rasanya, janji tapi tak ikut masa, penat menunggu, dekat 2 jam sampai sempat layan tetamu. Memang susah betul beraya dgn puak-puak tu. Masa on the way nak balik ke Johor lagi dah dapat agak dah berdasar insiden yang berlaku masa derang nak ke Segamat dan Lenga. Mujur la Nadia tak meragam masa ke Pontian. Kalau tidak, memang dah tentu akan balik awal.

Lepas balik dari Pontian, semua singgah ke rumah. Aku dah keletihan, sampai tertidur, esok pulak dah nak balik. So, lepas semua balik, aku tidur awal, kena cukup rehat nak drive esok. Pagi esok lepas selesai urusan yang penting, terus pack barang dalam kereta dan bergerak. Drive non-stop sehingga ke hentian Dengkil sebab nak tukar pampers Fatin dan aku pun nak bersolat. Cuma ada la berenti sekejap kat bandar Ayer Keroh sebab nak sumbat gas yang dah habis. Lepas tu terus ke Batu Belah, singgah berehat sambil jumpa nenek dgn atuk yang ikut dari kampung sebab pertengahan bulan ni atuk nak kena masuk hospital untuk pembedahan.

Gitu ler gamaknya raya untuk family aku tahun ni… tak banyak dapat beraya… tak apa lah… bak kata atuk di Pontian… raya ni sebenarnya untuk budak-budak… dan memang aku pun syukur kalau anak-anak aku ceria dan gembira berhari raya. Aku? Bersyukur kalau dapat sediakan apa yang patut untuk isteri dan anak-anak.

Semoga bertemu lagi pada lain lebaran…

The Economic Crisis

October 5th, 2008

The economic crisis, to me, started earlier this year without nobody really aware or care about it since it is at a beginning stage. Nobody realized that it will burst later on. Around middle of this year, it started to show the actual situation. Everything started from U.S the country with the biggest market, and the actual problem lies on the sub-prime issue.

Not everyone aware of this but I am very thankful to our central bank, Bank Negara Malaysia for having a tight rules for banking sector. The sub-prime issue in this case affected by their real estate/property mortgage. Due to lack of control and less credit monitoring, the bank over there simply approve any loan application submitted. The circle is started something like this.

Let say myself, with low income wanted to apply for loan to purchase a property. My actual intention is to sell it later since the price will go up when the property development completed. The bank, with less credit control, specially to ensure I can repay the loan in what ever situation, approve my loan application. Once the property completed, I sell the property at higher price, make some profit and make a full settlement of my loan. So, that’s how the bank make the business and how I made some profit from the property. The buyer of my sold property might do the same thing, which, if you think carefully will make the price of the said property become too high. There is where the problem started.

When it reach to certain stage, the price is consider as too high, and of course nobody at that stage would be willing to take it. As such, the circle is ended there, and of course those who whole the property through loan with the hope to resell it will face a difficulty. The chain effect of this is that the bank having a problem with loan collection.

The bank at the same time also invested/mortgage the paper of the said property to other investment institution with the hope to make more return but again, to certain extend, it is just a paper and reached the limit. Here is where the entire banking system started shacking and causing a lot of problem.

Last Friday, as usual, an important news released from USA call Non-Farm Payroll (NFP). As expected it will be a bad news even though the bill for $700bil rescue approved and accepted. Looking at the forex market, with all major pairs such as EUR/USD, GBP/USD for example, we can see how it affect. At the same time now, even EURO also having a problem with the currency reached to the lowest compare to USD in 12-month period.

In Malaysia, some companies already retrenched their staffs, some already exercised VSS and run for the second round of VSS. There might be more will happen during this economic turmoil. To me, we have to be thankful to have a job, if you like to be an employed person. If you are self-employed, good enough when you can survive at least for the basic.

It is the time to cut all the unnecessary expenses and stay with the required expenses for the next 1-2 years

Hari Raya Menjelang Tiba…

September 24th, 2008

Salam hormat semua…

Hari raya semakin hampir menjelang… hanya seminggu sahaja lagi, Insya-Allah… mungkin pada masa ni ramai yg telah membuat persiapan hari raya. Pada tahun ini, rasanya buat pertama kalinya, persiapan hari raya diurus dan dibuat sepenuhnya oleh isteriku… Terima kasih yang tak terhingga kepada isteri yang dikasihi.

Dalam mengenang perjalanan hidup ini, mengenang ke mana arah tuju, terpandang berita tentang persiapan sekelompok masyarakat lain. Mungkin tika ini keadaan aku kurang baik berbanding sebelum ini tetapi itu hanya diri sendiri. Bila dilihat dengan orang lain, sesungguhnya ada yang lebih jauh keadaan kurang baiknya berbanding diri ini.

Di dalam Utusan Online, diberitakan tentang warga emas yang membuat persiapan pakaian hari raya dengan memilih pakaian terpakai sumbangan sebuah yayasan. Begitulah rezeki antara kita di dunia ini… ada yang lebih, ada yg kurang… apa pun aku tetap bersyukur dengan apa yang ada, apa yg diperolehi…

Syukur ke hadrat Ilahi kerana keadaan aku tidak seteruk ini dalam menghadapi ujian Allah.

Dah 8 bulan…

September 8th, 2008

Salam ceria semuanya…

Dalam diam tak diam, dlm menyempurnakan ibadah puasa dlm bulan Ramadhan, Fatin dah pun berusia 8 bulan semalam… dengan berat sekitar 8.4kg dan sekarang ni dah pandai duduk tegak dan dalam proses belajar nak berdiri. Nampaknya, mungkin sebelum hujung tahun ni dia dah boleh berjalan nie…

Dalam masa yang sama, dah mula pandai menonton cerita kanak-kanak macam kakak dia, Nadia tu dulu. Yang memang dah pasti, dia cukup suka dengan Mickey Mouse Clubhouse, tekun menonton. Pagi tadi kebetulan dia bangun awal pagi, saja bagi dia tengok Macam-Macam Aznil, nampak sengih je dia tengok. Lebih kurang Nadia dulu, suka juga dengan rancangan nie.

Cuma kasihan… dia berusia 8 bulan dalam keadaan agak kurang sihat, baru-baru ni terkena serangan selesema dan batuk-batuk. Apa pun syukur Alhamdulillah… dah beransur sihat dan tidak diserang sebarang penyakit berat. Moga semuanya akan terus sihat walafiat hendaknya… Amin…

Anak Merdeka

August 31st, 2008

Salam hormat semua…

Pagi ini, dalam tengah sibuk buat kerja, tetiba wife bagitau “Kak Ana dah bersalin”. Uik, cepatnya, sebab yang ingat kalau tak silap due date bukan 31hb. Apa pun tak apa lah… asalkan semuanya selamat.

Anyway, kami sekeluarga ingin mengucapkan “Tahniah” atas kehadiran orang baru, baby girl pada pagi tadi. Semoga selepas ini akan lebih meriah lagi…